|
|
| Friday, 9-Jan-2009 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Orked & Hippo
|
|
Mengikut perancangan seperti dalam entry sebelum ni, ialah nak ambil gambar Orked Sabtu lepas. Berjaya, tapi tak sempat nak upload. Sementara menunggu ini, apa kata kita lihat Orked dalam versi bergerak. Selama ini kita selalu lihat Orked dalam versi kaku, kan? Sebelum itu, pesanan utk semua,
SILA MUTEKAN SOUND ANDA
supaya mood tengok video tak terganggu dgn suara Mummy Orked yg nyaring. Hahahha...
By the way, daripada video ini, nampaknya Orked masih chubby, tak kurus pun. Minggu lepas perasaan Mummy aje lah tu, yg rasa cam Orked dah kurus. Padahal sihaaattt aje....
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 1-Jan-2009 15:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mummy misses Orked
|
|
Sejak kerja ni mummy dah tak sempat nak ambik gambar Orked. Dah dua minggu Orked takde gambar baru. Gambar entry yg lepas dan gambar ini adalah gambar lama yg mummy ambik sebelum start kerja. Hari bekerja, sampai rumah pun dah pukul 6.30 - 7.00 pm. Matahari pun dah takde utk ambik gambar guna natural light. Hari tak bekerja pulak, mood Orked sekarang ni tak berapa nak baik. Dia dah confused kot, sekejap kat rumah, sekejap kat rumah penjaga. Di kedua-dua tempat ni cara hidup dia berbeza. Orked masih lagi dalam proses menyesuaikan diri utk hidup dengan penjaganya, selain daripada masih belum pandai minum susu dari botol. Kalau dari pandangan mummy, Orked nampak dah semakin kurus. Pipi dia tak chubby macam dalam gambar ni dah. Tak tahulah itu perasaan mummy sahaja ke, atau pun mmg betul Orked dah kurus. Nanti hari Sabtu mummy cuba ambik gambar Orked utk buat perbandingan.
Bila dah bekerja ni kadang-kadang rasa frust. Frust sebab tak dapat nak bentuk anak ikut acuan sendiri. Frust sebab tak boleh nak main dan manja-manja dgn dia. Frust sebab bila balik rumah dah penat dan kerja kat rumah masih banyak dan anak pulak mood tak berapa nak baik. Itu belum lagi serabut kerja-kerja kat ofis. Macam mana agaknya ye mummy mummy yg lain aturkan perjalanan hidup seharian? Maybe sebab saya baru je 2 minggu start kerja, jadi seperti Orked, masih lagi dalam proses membuat adjustment dgn cara hidup baru. Harap-harapnya lepas ni jadi semakin baik. Oh ya, satu lagi, frust sebab dah tak sempat nak ambik gambar Orked dan tak boleh nak update fotopages! Huhu.... Azam mummy, weekend ni mesti nak ambik gambar Orked!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 26-Dec-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
When I Grow Up, I Wanna Be Like My Daddy...
|
|
No, I want to be better than Daddy!
Mummy said, if I want to be like Daddy, I have to read lots of books,
not playing around too much,
and always be positive.
Then I can be smart, successful and handsome (huh?) like Daddy...
Congratulations Daddy, featured as one of the 30 successful young enterpreneurs in Dewan Ekonomi, December 2008. Hip hip hooray!! Go Daddy, go Daddy, go!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 19-Dec-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Orked tak suka botol susu
|
|
Mummy Orked nak minta bantuan dari mommies yang lain, tips untuk ajar baby minum susu dari botol. Orked ni dari dulu lagi memang tak suka puting. Kalau diberi pacifier dia akan tolak-tolak je. Lama-lama kalau dipaksa dia mengamuk. Jadi Orked tak pakai puting sejak lahir. Sekarang ni Mummy dah try macam-macam tapi Orked tak nak juga minum susu dari botol. Letak puting kat mulut pun dia dah tolak, lepas tu marah. Dah cuba juga puting berlainan, puting plastik biasa, puting NUK kuning, puting Dr Baby, even dah try botol susu Adiri. Semua fail. Camne ye nak bagi baby minum susu dalam botol?
TQ...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 18-Dec-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Happy Birthday Sayang (from mummy) & Daddy (from Orked)
|
|
Selamat Hari Ulang Tahun untuk buah hati mummy dan idola Orked. Hari ni Sayang/Daddy* dah masuk ke dekad baru. Kami doakan Sayang/Daddy* lebih sukses lagi di dekad ini. Kami berdua akan sentiasa support Sayang/Daddy* sepenuh hati. Sayang/Daddy* lah bintang hati intan payung pujaan hati kami. BBBBIIIIIGGGGGGG kisses and hugs from both of us.
*potong yg mana tidak berkenaan
aaaaaaaaaaaaaaa
a
aaaaa
Gambar ni gambar masa zaman bercinta dulu. Syok pulak bila ingat-ingat balik. Cam besssttttt.... Melayang-layang ditiup angin. Wwwwuuuuuu... Sekarang pun bercinta jugak. Lagi best sebab dah boleh peluk-peluk, kiss kiss banyak-banyak. Hehehhe... Tambah pulak dah ada Orked. Taaaammmbbaaaahhhh sayang dekat Daddy Orked si comel busyuk kesayangan ni.
Happy birthday!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 15-Dec-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Wedding Acik-Bard & Fadzuan, Taman Botani, Putrajaya
|
 |
|
Ketibaan pengantin dari tasik
|
|
 |
|
Disambut paluan kompang
|
|
 |
|
Pengantin berarak melalui jeti
|
| | View all 33 photos... |
|
Ahad lepas telah pun selesai majlis perkahwinan Acik-bard dengan pasangannya Zul Fadzuan. Acik-bard ni salah seorang geng mummy Orked masa zaman remaja kat UTM dulu. Inilah geng mummy Orked yg last sekali kahwin. Lepas ni dah taktau nak pergi wedding sape dah. Tunggu giliran anak-anak le pulak kot (lambaaatttttt lagi....). Pergi wedding kawan-kawan ni seronok sebab masa tu lah dapat jumpa balik kawan-kawan yg lama dah tak jumpa. Kalau tak, takde reason nak jumpa. Sorang tinggal sana, sorang tinggal sini. Merata-rata.
Wedding ni lain dari yg mummy Orked selalu pergi. Sebabnya, satu, wedding ni garden wedding yg reaaaalll punya. Real pasal bukan dibuat-buat gardennya. Memang di garden yg betul, di Taman Botani Putrajaya. Tak tau pulak tempat tu boleh dibuat wedding. Daddy kata nanti anniversary Mummy dan Daddy Orked nak buat kat situ jugak. Tak tau lah anniversary ke berapa. Daddy ingat tau! Mummy ingat ni apa yg Daddy cakap. Jangan buat-buat lupa pulak. Hehehehhe.... Yang keduanya ialah ketibaan pengantin, yg naik sampan. Kelas gitu....!
Orked, cam biasalah, behave di wedding. Pandai anak mummy ni bawa diri. Tak buat hal, takde nangis atau jerit. Lapar pun tak. Tidur pun tak terkecuali. Setiap wedding pandai aje dia tido sendiri. Sedar-sedar dah tido. Padahal kalau kat rumah punyalah manja, nak ditidurkan baru tido. Tak nak pulak tido sendiri.
Kepada pasangan pengantin, selamat pengantin baru! Semoga bahagia ke anak cucu. Cepat-cepat le dapatkan kawan Orked. Heheheh....
Sebenarnya hari tu nak tunggu wedding tamat baru nak balik. Boleh la Orked posing dgn Aunty Acik dgn Uncle Fadzuan kat pelamin ke, kat taman ke, kat jambatan ke, tepi tasik ke... Tapi tiba-tiba mendung pulak. Takut tak sempat nak masukkan Orked dalam kereta, kami terpaksa balik dulu. Hm... Melepas peluang Orked nak posing-posing. Tapi apa pun, Orked harap nanti kita jumpa lagi, boleh posing-posing kay?
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 6-Dec-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Orked di bawah selimut
|
|
Orked main-main di bawah selimut yg sengaja mummy letakkan atas Orked khas utk sesi penggambaran. Sibuk pulak Orked nak masukkan selimut tu dalam mulut dia. Sekarang ni Orked dah pandai ambil benda-benda yg berdekatan dgn dia dan masukkan dalam mulut. Benda yg jauh Orked belum pandai capai lagi.
w
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 2-Dec-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Orked ke Wedding
|
|
Sabtu lepas Orked, mummy, nenek dan atuk ke wedding Aunty Yani di Dewan Taman Tun Dr Ismail. Daddy tak pergi sama sebab daddy ada wedding lain (keje). Di sana Orked happy sebab hiasan meja makan ialah bunga orked. Orked pun apa lagi, suruh mummy snap Orked posing lah!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 28-Nov-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Burp Orked, burp!
|
|
Ini gambar-gambar Orked semasa nak burpkan dia. Selalunya Orked ni susah nak burp. Lepas feeding mummy nak burpkan dia. Tapi biasanya tak keluar angin pun. Bila mummy letak dan Orked tido sekejap, dia terjaga semula sebab anginnya baru nak keluar. Tapi dulu lah, skrg ni angin Orked dah kurang. Dia dah tak terjaga masa tido disebabkan angin lagi. Tapi terjaga kalau ada bunyi-bunyi yg luar biasa pulak macam orang batuk ke, bersin ke, pintu tertutup ke, dll. Nasib baik malam-malam Orked tido mati, tak mudah terjaga dgn bunyi-bunyi asing.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 25-Nov-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Orked Menjelajah Utara Tanahair
|
 |
|
Dalam kereta. Orked lengkap dgn car seat dan seatbelt di belakan
|
|
 |
|
Lunch di KFC
|
|
 |
|
Orked loves Daddy
|
| | View all 27 photos... |
|
Hujung minggu yg lepas Orked telah berjalan lagi. Kalau 2 minggu lepas Orked berpeluang melihat selatan tanahair, kini Orked ke utara tanahair pula. Mummy n Daddy bawa Orked ke Pulau Pinang dan Alor Setar. Tujuan utamanya ialah utk menghadiri wedding kawan Daddy yg merupakan pengapit Daddy masa Mummy n Daddy kawin dulu. Kini turn dia pulak. Tujuan kedua ialah utk jalan-jalan dgn Orked. Best jalan-jalan dgn Orked ni, seronok!
Family portrait kat Penang
Thanks Daddy, bawak Orked (dan Mummy) jalan-jalan. We enjoyed it very much! Saaaayyyaaannnggg Daddy!
Keesokannya, Orked demam. Kesian dia, badan panas, batuk-batuk dan hidung berair. Bukan demam sebab jalan-jalan, tapi sebab jangkit dari Mummy n Daddy. Mula-mula Mummy demam, lepas tu pass kat Daddy, lepas tu pass kat Orked pulak. Cian dia....
|
|
|
|