Want your
own Fotopage?










 


By: kak long

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 21-Nov-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Orked ke Klinik

Sampai di klinik Mummy terus letak atas balance
Berat Orked kini 5.9 kg
Dah bertambah 500g dlm 3 minggu. Patut la berat!
View all 18 photos...
Pagi tadi Mummy & Daddy bawak Orked ke klinik untuk suntikan pneumococcal Orked yg pertama. Ikutilah kisah Orked di klinik.



m

Gambar-gambar adalah campuran oleh Mummy & Daddy.

tu dia .. orked dah besar + berat wakakaka
5.9KG .. perghhhhh
dah mcm Mike juga ..tapi mike akan ditimbang dalam minggu ni ..mau cecah 8++kg
Mon 24-Nov-2008 17:21
Posted by:angah angah316@gmail.com
Ms Balqish: x-student seafield ye? Insya Allah nanti saya sampaikan salam... Fri 28-Nov-2008 08:53
Posted by:Kak Long  - [Link]
cute tul la orked...kena je dgn namanya...

http://danishworld.fotopages.com
http://feeza79.fotopages.com
Sun 7-Dec-2008 09:56
Posted by:feeza
View all 9 comments Add comment


Monday, 17-Nov-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Orked Nak Terjun Kolam

 
Rumah Orked sekarang ni dah ada indoor swimming pool. Cayalah Mummy an Daddy! Orked loves u both. Baru buat semalam indoor swimming pool ni. Walaupun locationnya adalah di dapur, tak kisah lah... Yang pentingnya ialah pool tu.



Orked dah sangat-sangat tak sabar nak terjun kolam ni. Kalau boleh hari ni jugak Orked nak terjun. Orked nak main air cam diorang nih. Boleh splish splash air kat Mummy dan Daddy.



Tapi, tak boleh lagi sebab Mummy dan Daddy lupa nak beli nappy yg sesuai utk berendam. Yelah, air dalam kolam tu bukannya sikit. Kalau baru seminit masuk air Orked dah prrooootttt... kan bazir pulak air tu nak ditukar. Jadi, Orked kena sabar dulu. Em... Nappy special ni ada jual kat Giant tak? Ke kena beli kat tempat tertentu je?

Tq for the info. Nanti kami cari utk Orked. Fri 21-Nov-2008 06:04
Posted by:Mummy Orked  - [Link]
untuk mummy orked kalau nak buat birthday party orked boleh la cuba cokelat http://noorkitchen.fotopages.com Sat 6-Dec-2008 06:16
Posted by:unnamed noor_kitchen@yahoo.com
Jom cuci mata jap. Tiada di tempat lain. "Thai Product" terus dari Thailand.

http://tyunik.fotopages.com/ , http://tyunik.blogspot.com/
Mon 23-Nov-2009 04:31
Posted by:tyunik tyunik@ymail.com
View all 12 comments Add comment


Wednesday, 12-Nov-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Hisap Jari

Masuk jari dia dalam mulut...
Tak boleh, mummy tutup dgn tuala
Orked selak tuala dan berjaya masukkan juga! Ish...
View all 6 photos...
Orked sekarang dah pandai hisap jari. Asal ada masa lapang je (tak tido/makan/main/mandi/borak), Orked akan sumbat mulut dia dengan jari jemarinya yg halus lagi comel lote tu. Sekarang tangan Orked ada 4 kegunaan iaitu utk sapu muka, garu kepala, goyang-goyang dan masuk dalam mulut. Yg peliknya, Orked suka masukkan jari tangan kirinya ke dalam mulut, dan jarang sekali gunakan tangan kanan. Daddy tak suka betul Orked buat macam tu, takut nanti Orked jadi kidal. Mummy selalu jugak halang Orked dari guna tangan kiri, tapi dia buat jugak. Orked suka tangan kiri dia sekarang ni. Nanti kita ikatlah tangan kiri Orked ek?


eh2 dah pandai isap jari.. Tue 25-Nov-2008 10:12
Posted by:z a m  - [Link]
Intan, anak aku pun suka sangat hisap jari tangan kiri... tapi kadang2 sampai dua-dua tangan nak di masukkan dalam mulut.... Thu 27-Nov-2008 08:45
Posted by:uyun
~ aleesya husna pun dah pandai isap jari jgk.
~ aleesya lahir awal skit dr orked dalam bulan yg sama
~ kalau balik tementi bw la orked singgah umah kami kat kerayong
Thu 27-Nov-2008 12:54
Posted by:z a m  - [Link]
View all 22 comments Add comment


Monday, 10-Nov-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Orked ke JB

Anak Daddy
Anak Mummy
Breakfast dgn Daddy
View all 9 photos...
Daddy bawa Mummy dan Orked ke JB hujung minggu lepas untuk temankan Daddy kerja di JB. Ini adalah trip paling jauh pernah Orked lalui. Sebelum ini Orked pernah balik kampung di Triang untuk berhari raya dan juga ikut Daddy ke PhotoCamp 2 di Hulu Langat. Perjalanan pergi Orked tido dan bermain dgn baik. Cuma di hujung perjalanan, bila dah hampir tiba, barulah Orked bising sikit sebab lapar. Perjalanan balik pula, Orked tido di sepanjang perjalanan. Tutup mata di JB, buka mata dah sampai di KL. Di JB, Orked banyak duduk di bilik sahaja sebab Daddy kerja. Tapi ada juga Daddy bawa Orked pusing-pusing dalam kereta tengok bandar, dan jalan-jalan di City Square dan Plaza Angsana. Mummy tak banyak ambik gambar masa kat JB. Mummy pun tak tau pasal apa, padahal kamera diusung ke mana pergi.


Mummy dan Orked di lobi M-Suite Hotel, JB.

Next trip, Daddy nak bawa Mummy dan Orked ke mana pulak?

wa... orked bawak best friends dia tak kira di mana sahaja berada ek...
hahaha...
next trip, kena enjet.. sian orked!
Tue 11-Nov-2008 13:30
Posted by:nn  - [Link]
wah..along jeles betul ni..anaknya sungguh cubby..mummy pulak sungguh langsing...jeles..jeles.. Thu 13-Nov-2008 11:57
Posted by:mama umairah sunetcute@yahoo.com
tak sempat jumpa Mummy & Orked mlm tu kat ZZ.. Kita ada kelas laaa... Maybe next time kalo Orked, Mummy & SN turun JB lagi, insyaallah kita jumpa ye... Wed 19-Nov-2008 03:12
Posted by:Ika  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Tuesday, 4-Nov-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Tidur untuk Membesar

Lenanya
Orked
tidur...
View all 6 photos...


Orked ni cepat besar. Mana taknya, lahir pun dah memang besar. Carta tumbesaran Orked:

Tarikh: Berat/Panjang/Lilitan kepala
20.08.2008 : 3.88/50/35.5
29.09.2008 : 4.75/57/38.5
30.10.2008 : 5.40/60/40.5

Mengikut carta tumbesaran doktor, berat dan tinggi Orked adalah pada kadar persentil 75% manakala lilitan kepala Orked adalah pada 90%. Carta tumbesaran digunakan untuk membandingkan saiz anak kita dengan bayi-bayi lain yg seumur dengannya. Daripada data Orked, kesimpulannya ialah, Orked besar, terutamanya kepalanya. Nanti besar bijak kot, sebab kepala besar = otak besar. Heheheh...


moon: mummy Orked extend cuti lg dua bulan. end of dec baru masuk keje.
jejaka: mak aih, ramainya adik orked? 5 orang?
ibu hanna: orked b/f lg. dia besar cepat pasal lahir pun dah mmg besar kot...
Wed 12-Nov-2008 05:04
Posted by:mummy orked  - [Link]
tgk orked tdo...mcm nk tgo skali dgn dia... Fri 14-Nov-2008 05:15
Posted by:reen  - [Link]
salam...
my baby lahir 2.865....
sekarang dah 2 bulan...
berat die dah..4.7kg...
mcm x percaye sgt2 ...

Tue 6-Oct-2009 01:04
Posted by:mira www.miraputri88@yahoo.com
View all 18 comments Add comment


Saturday, 1-Nov-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Potong Jambul Orked

Dah siap sedia nak pergi
Nenek tenangkan Orked
Orked seram takut kepalanya compang-camping
View all 11 photos...


Orked telah pun selamat dipotong jambulnya Ahad, 26 Oktober 2008 yang lepas. Majlis ini telah diadakan di Rumah Pengasih, Sungai Ramal, Kajang, serentak dengan open house di sana.

Jambul Orked tak dicukur tapi cuma dipotong, sedikit, sebab Mummy dan Daddy sayang rambut Orked yang lebat tu. Memanglah kalau dicukur, rambutnya akan tumbuh semula. Tapi melihatkan ramai babies yang lain yang lambat rambutnya nak tumbuh semula selepas botak membuatkan Mummy dan Daddy tak mau cukur rambut Orked. Itu belum lagi melihat rambut baby yang pelik-pelik bentuknya disebabkan kesan bantal.

Oleh itu, sehingga sekarang, rambut Orked masih lagi lebat seperti dahulu.

hai kak long, hai orked. mmg nmpknya membesar dengan pantas. alhamdu lillah. semoga dikurniakan kesihatan yang baik... ala, nape x cukurkan je.. erm~ Sat 8-Nov-2008 12:15
Posted by:queserasera  - [Link]
Salam, Kak long & SN.
Kami pun x buat 'cukur jambul' utk baby Hanna. Tu semua budaya & adat jer. Kami just buat kenduri kesyukuran & aqiqah je masa Hanna 2 bulan. My hubby pun refer ustaz, so ustaz tu pun bgtau mcm Ustaz Din juga. My hubby just trim bg pendek je rambut Hanna..ala2 kojek sket & timbang..now dh lebatt semula rambut Hanna..

Mmg sj plan buat kat Rumah Pengasih ke?
Wed 12-Nov-2008 02:50
Posted by:~IzzasaifuL @ Ibu Hanna~  - [Link]
salam..sajer nak share..
To Izzasaiful: 'cukur jambul' memanglah adat dan budaya..tapi cukur rambut adalah sunat nabi..dua-dua ini ada perbezaannyer.
hadith at-tirmidzi dari Ali bin Abi talib: rasulullah s.A.W menyuruh fatimah mencukur rambut hassan dan ditimbang rambut itu (berat rambut itu diconvert kpd nilai perak) kmdn disedakahkan (hadith bertaraf hassan) dan ia sunnat dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran.

terima kasih
Sat 15-Nov-2008 02:10
Posted by:lindahpadlee  - [Link]
View all 22 comments Add comment


Thursday, 23-Oct-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Mari bermain bersama Orked

Comelnya play gym Orked
Ada benda gantung-gantung
Kat atas ada, kat tepi ada
View all 10 photos...
Antara game yg Orked suka main ialah lihat objek yg tergantung. Bila mood Orked baik dan mummy pegang apa-apa di depan muka Orked, Orked akan tenung objek tu lama-lama, dan akan gembira sengih-sengih dan wiggle kaki dan tangannya bila mummy gerak-gerakkan objek tu. Apa-apa tu memang betul-betul apa-apa saja. Kalau mummy pegang remote control tv, Orked suka, pegang mitten dia, Orked suka, pegang tisu toilet depan dia pun Orked suka. Memang apa-apa betul. Tak payah beli mainan mahal-mahal pun utk Orked nampaknya. Jadi, bila mummy letak Orked atas play gym dia, lagilah Orked suka. Banyak benda gantung-gantung atas kepala, dan bila mummy goyangkan, benda tu bergerak dan keluarkan bunyi. Seronoknya Orked! Sekurang-kurangnya dia terhibur untuk beberapa minit.

Lihat sajalah aksi Orked bermain. Happy mummy tengok Orked suka hati.



Tapi lepas je mummy ambik gambar Orked main ni, Orked muntah, uweeekkkk....

mummy.. harap esok leh jumpa orked..
geramnya.. leh picit2 dia
Sat 25-Oct-2008 11:49
Posted by:nn
wah orked main atas playgym ....sapa belikan tew orked...cantek laaaa
Orked tgk benda gantung2 tew lama sangat kot tew yg terus berpinar mata ...tambah plak duk tgk mummy dia duk amik gambo dia ...

Wah daddy dah bagi komen ...misti Orked lepas nih lagi glamer darik SN hahahhah ampun GB jgn marah akakakkakakakakka
Wed 29-Oct-2008 03:09
Posted by:Moon  - [Link]
Lily says : assalamualaikum..hi orked
i'm a new baby too..so, lets grow together..♡
Wed 29-Oct-2008 14:44
Posted by: ♡ Lily-Satrina ♡  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Wednesday, 15-Oct-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Daddy & Orked di TV

Mula-mula nampak kamera je
Lepas tu baru nampak orangnya
Terang lagi jelas
View all 6 photos...


Pagi tadi Daddy dan Orked muncul di TV dalam rancangan WW. Daddy dijemput untuk bercakap tentang Photomama, bengkel yg akan Daddy adakan untuk mama-mama belajar ambik gambar anak-anak mereka. Bila tu, biar Daddy yg umumkan. Dalam rancangan tadi, Orked juga buat special appearancenya dgn menjadi model dalam videoclip Daddy. Orked nampak sungguh comel. Geram mummy tengok. Daddy tak payah katalah, memang hensem dari dulu, now and forever. Heheheh...

Bagi sesiapa yg ingin menonton tapi terlepas siaran pagi tadi, bolehlah tonton siaran ulangannya pada petang ini dan pagi esok seperti maklumat berikut:

Channel 501 Astro Awani
Rancangan WW
Jam 4.30 petang (15/10/08) dan 6.30 pagi (16/10/08)

Siaran ulangan Orked di tv, sila klik
http://cstproduction.com/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=58&Itemid=54

salam ... nice name oked...suka nama tuh.....ha ha .... salam perkenalan
Thu 23-Oct-2008 13:57
Posted by:dimebag deinvent@yahoo.com  - [Link]
ala terlepas ler pulak... tapi selalunyer astro ni selalu ulang2kan.. harap2 nanti leh ler tengok.... bestnyer kecik2 dah glamer.. Wed 29-Oct-2008 01:38
Posted by:cho zila  - [Link]
glemer r ORKED pasnih... Thu 27-Nov-2008 07:32
Posted by:reen  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Tuesday, 14-Oct-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Watch Daddy and Orked on air!

Daddy and Orked will be on air on Wednesday, October 15th, at 10.30 am on Astro Awani (Channel 501). Daddy will be interviewed by Dang Suria and Orked will make her appearance on Daddy's video clip. Mummy? Er, mummy will be watching them on TV. Heheh...

Come, let's watch them live on air!

br je pas tgk astro awani.hehehe orked so cute in d basket:p Wed 15-Oct-2008 02:46
Posted by:med
Add comment


Monday, 13-Oct-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Weekend yang Busy

Orked tido dikelilingi students 3rd year mummy
Makan sate
Girls
View all 19 photos...
Weekend lepas adalah satu weekend yg busy utk Orked. Macam mimpi je Orked rasa.

Bermula dgn Sabtu, pelajar-pelajar mummy dari UPM datang beraya dan menziarah Orked. Diorang ni mummy ajar Eng Maths 2 dan 3 masa tahun pertama dan kedua. Semester ni pula mummy jaga lab separuh jalan sebelum cuti bersalin. Ramai yg datang dan riuh rendah juga suasana. Tapi Orked tido je sepanjang masa, tak jaga langsung selepas didodoikan oleh Kak Mas.



Malamnya pula Orked pergi open house rumah Mak Long. Tapi mummy tak ambik gambar. Orked tak tido, tapi sempatlah mummy dating makan dgn daddy bila Pak Usu tong jagakan Orked. Selesai je makan, Orked dah "ok ek ok ek", lapar.

Ahad pula Orked pergi majlis bertunang Pak Lang. Majlisnya memang meriah, tapi Orked tido je sepanjang masa. Walaupun Orked duduk di tengah ruang tamu sebelah daddy yg jadi wakil Pak Lang, sikit pun Orked tak terganggu. Bila Orked jaga hantaran masa mummy dan daddy makan pun tak terjaga. Masa sesi bergambar pun Orked tido juga. Sampai rumah baru jaga. Entah Orked tau ke tidak dia dah pergi kenduri tunang tu pun mummy tak tau.



Begitulah kisah hujung minggu Orked yg bagaikan mimpi...


aunty bard.. kita share la upah jadik baby sitter... nn pon nak join.. Wed 15-Oct-2008 09:50
Posted by:nn  - [Link]
ha... meh jadi baby sitter. mummy & daddy Orked dah lama tak dating tengok wayang nih. hehhehe... Wed 15-Oct-2008 10:32
Posted by:kak long  - [Link]
yelah kak intan, orked asyik tidooooooo je. bising mcmana pun dia tido kan? Fri 17-Oct-2008 07:44
Posted by:hidddududadadodo  - [Link]
View all 8 comments Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.