Want your
own Fotopage?










 


By: kak long

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 8-Oct-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Orked raya

Orked dgn mummy & daddy
Nenek
Makcik Yana
View all 12 photos...
Tahun ini tahun pertama beraya dengan Orked. Mummy, Daddy & Orked semua pakai purple. Orked tak pakai baju kurungg sebab tak jumpa yang saiz newborn. Baju raya Orked baju gown Makcik Yana belikan.



Orked suka baju ni. Mummy pun suka. Nampak comel dan macam perempuan sejati kata Daddy. Selalunya di rumah Orked pakai baju dgn seluar je. Jadi tak nampaklah macam perempuan sangat.

Oklah, Orked bagi pihak Mummy dan Daddy ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Muah...

x dpt jmpe orked mse smlm.. Sun 12-Oct-2008 05:22
Posted by:student chemy ana_prawn@yahoo.com  - [Link]
sweetnye...family pic. suka pic orked yg last skali tu Tue 14-Oct-2008 06:30
Posted by:maria  - [Link]
nama Orked tu dapat sebab daddynya nak nama yg simple dan classic. setelah dishortlist beberapa nama, Orked yg menambat hati mummy dan daddy... Tue 14-Oct-2008 12:49
Posted by:kak long  - [Link]
View all 17 comments Add comment


Thursday, 25-Sep-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Orked loves Daddy

Daddy sayang Orked
Daddy geraaammmmmm
Orked sayang Daddy
Mummy loves Daddy too...

mana gambar raya ORKED ni??? tak sabar aunty nak tgk la Mon 6-Oct-2008 05:50
Posted by:Acik bada_ahmad79@yahoo.com  - [Link]
mana gambar orked beraya mummy? Mon 6-Oct-2008 07:45
Posted by:nn  - [Link]
mana gambar orked beraya mummy? Mon 6-Oct-2008 07:54
Posted by:nn  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Saturday, 20-Sep-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Orked is 1 month old today

Mummy cuba nak tiru ambik gambar macam daddy
Orked mandi pagi
Orked dgn nenek kesayangan
View all 5 photos...
Hari ini genap sebulan umur Orked.

Kemajuan dalam hidup Orked ialah Orked dah tak takut mandi. Kalau dulu-dulu salin nappy pun Orked nangis sebab takut. Tapi lepas tu dah suka. Senyap je bila mummy salin nappy Orked. Tapi bila mandi nangis sekuat-kuat hati. Susah nak mandikan Orked bila dia menangis sebab badan dia jadi keras. Semua orang terkejar-kejar bila mandikan Orked. Kena mandikan cepat-cepat, make-up cepat-cepat, pakai baju cepat-cepat, dan bagi "upah" kat Orked cepat-cepat supaya dia berhenti nangis. Sikat rambut memang tak sempat la pasal tak penting. Kadang-kadang Orked menangis sampai biru muka dan suara pun dah tak ada. Siap ada air mata lagi bila nangis. Soap opera betul! Tapi sejak minggu lepas Orked dah tak takut mandi lagi! Orked tau dah yang mandi tu best dan tak akan mencederakan dia. Tapi masih tak boleh mandi dan make-up kan Orked lama-lama juga sebab Orked cepat sejuk. Menggigil-gigil badan dia bila keluar dari bath tub nya. Tengok ni, baik je Orked mandi.


Happy birthday Orked!


Mummy loves Orked vvvvvvvveeeeeerrrrryyyyyyy much! Muah muah!

Intan, Alesya pulak, suka sangat bila mandi..
dia tengah nanges-nanges nyaring, bila kena air terus diam..
suka bebeno mandi, bila angkat dari air tu menangis sebab nak mandi lagik..

psstt..tolong suruh GB cepat uploadkan iklan raya cs tu..tak sabau nak nengok,
jumaat ni nak balik kampung dah, tak der internet..iklan tu untuk commercial kat tv ke?
Wed 24-Sep-2008 05:41
Posted by:Pnut  - [Link]
pasti sambutan raya kali ini lagi meriah dgn ada nye bb orked ...tak gitew k long?
makin comey orked ...asal last entry muker orked merah2 dia kena ruam susu ke?
Wed 24-Sep-2008 07:01
Posted by:Moon  - [Link]
Oh...comel.

Tahniah walaupun dah terlambat. Semoga kehadiran orked lebih menceriakan hidup. Ameen.

manmoncang a.k.a Fuad Latip
http://manmoncang.fotopages.com
Thu 25-Sep-2008 05:36
Posted by:videousahawan admin@videousahawan.com  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Tuesday, 16-Sep-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Orked loves Mummy

 
 
Mummy ambik gambar kaki Orked je


sebab sekarang ni Orked tak fotogenik.


Muka Orked berbintik-bintik merah! Ouch...!

intan, fahmi pun naik bintik mcm orked. mcm2 krim dah sapu, tp tak bkesan. at last, mak zu suruh sapu bedak. Alhamdulillah, makin ok. Tue 23-Sep-2008 10:17
Posted by:zue
Tahniah...comel nya baby.

p/s: Pakaian Smocking Kanak-kanak. Sila klik http://prettybabes.fotopages.com
Wed 24-Sep-2008 09:57
Posted by:Zana
still ada bintik2? my daughter dulu i mandikan dgn eubos, sapu cream eubos, yg for sensitive skin, green bottle kalau xsilap. nway, sangat comel laaaa, ngan butterfly lagi Fri 26-Sep-2008 04:08
Posted by:Shah Sya Syahmi Syafiyah syarezan2@yahoo.com  - [Link]
View all 21 comments Add comment


Tuesday, 9-Sep-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Orked dengan Tok Ayah dan Nenek

 
 
 
Hujung minggu lepas Tok Ayah terbang dari Bangkok untuk melawat Orked. Kesian Tok Ayah, dah lama nak tengok Orked, tapi tak dapat sebab jadual kerjanya penuh. Tok Ayah Orked ni dah pencen, tapi tak pencen lagi. Busy sama je macam belum pencen. Hehhehehe...

Nenek Orked memang dah ada dengan Orked sejak Orked lahir. Tapi selama ni nenek je yg ambik gambar Orked, tapi nenek sendiri belum pernah bergambar dengan Orked. Jadi kali ni mummy ambikkan gambar nenek dan tok ayah dengan Orked. Nanti kan takde pulak gambar Orked dengan mereka masa Orked baby.

Dalam family terdekat Orked, cuma dua orang je lagi yg Orked belum jumpa. Seorang ialah Makcik Yana yg duduk jauh di Southampton. Dia dah nak balik hujung bulan ni tengok Orked. Mummy dah pesan kat Makcik Yana suruh beli hadiah comel-comel untuk Orked. Hehhehe... Saje je Mummy nak buli Makcik Yana. Tulah, sape suruh lambat sangat tengok Orked. Seorang lagi ialah Pak Usu. Pak Usu ni adik daddy yg last. Dia sekarang belajar kat UiTM Machang. Jauh tu. Tak tahulah bila Pak Usu nak datang tengok Orked. Orked tunggu aje lah...

Ni gambar Orked latest yg mummy ambik. Muka Orked sama lagi, takde perubahan sangat, kecuali Orked dah lebih besar sikit dari sebelum ni.



Yang ni pulak tangan Orked. Mummy suka tengok tangan Orked. Comel je jari Orked. Tapi selalunya mummy pakaikan sarung tangan di tangan Orked sebab Orked suka letak tangan di muka. Bila tak pakai sarung tangan sekejap je pun, mesti ada line kat muka Orked sebab kuku Orked yg tajam dah calarkan muka Orked. Setakat ni dah ada dua lines di muka Orked. Aiyo Orked, nanti tak comellah macam tu!


Comelnya cucu nenek nampak cerdik sangat... Tapi sampai sekarang tak de siapa nak bawa nenek tengok orked. Nenek tak pandai nak drive jauh2 lagi. Nenek selalu tengok perkembangan orked dari jauh je... Nanti ajak daddy dan mama visit nenek ye orked... Mon 15-Sep-2008 00:34
Posted by:Mak teh sitiaminahs@um.edu.my
Tahniah, Semoga bertambah ceria dan bahagia bersama cahaya mata.
Comelnya..Orked..
Mon 15-Sep-2008 04:18
Posted by:Yinhasni ryiena@yahoo.com
Nenek (Mak Teh), Orked cakap nanti Mummy dah dibenarkan jalan-jalan makan angin Orked ajak Mummy dan Daddy jalan rumah Nenek. Mon 15-Sep-2008 04:45
Posted by:Mummy Orked  - [Link]
View all 17 comments Add comment


Sunday, 31-Aug-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Baby Orked at day 9

Mula-mula Orked tido, masih bersopan
Tangan dah naik sebelah muka
Dua tangan di sisi
View all 14 photos...
Hello hello semua... Orked dah pun selamat keluar dari tummy mummy. Walaupun Orked sangat suka duduk dalam tummy mummy, tapi mummy dan daddy kata dah tiba masanya Orked keluar dan duduk dengan mummy dan daddy di rumah pula.

Orked keluar pada 20082008 yg lalu. Cantik kan birth date Orked? Dr yg pilih tarikh tu sebab Dr kata Orked dah besar. Kalau tunggu EDD mummy, nanti Orked jadi besar sangat susah mummy nak keluarkan Orked. Setelah mummy sakit-sakit ditemani daddy di SJMC selama hampir 5 jam selepas Dr letakkan drip di tangan mummy, akhirnya Orked pun keluar secara normal, dengan berat 3.8 kg, sepanjang 50 cm pada jam 4.38 petang.

Gambar ini mummy ambil semasa Orked berumur 9 hari (29.8.2008) semasa Orked tido, bangun tido, dan tido balik. Oh ya, sekarang kerja Orked sikit sahaja - tido, minum, berak, tido lagi. Orked sangat suka tido dan sangat suka minum. Mummy dan nenek cakap Orked nanti cepat besar. Semasa Orked berumur 5 hari, mummy dan daddy bawa Orked ke klinik. Alhamdulillah, Orked takde penyakit jaundice. Berat Orked pada hari tu dah jadi 4 kg. Kalau ikut perkiraan mummy, Orked membesar secara purata sebanyak 20 g sehari. Jadi, dalam masa 2 bulan Orked akan jadi 5 kg. Adoi, berat la mummy nak dukung Orked macam ni! Tapi takpe, asalkan Orked membesar dengan sihat, ye sayang?

Tentang Orked tido pula, mummy kata Orked tido buas. Beberapa hari yg awal Orked lahir sahaja Orked boleh tido dalam balutan bedung. Selepas itu, Orked dah tak tahan dikongkong lagi. Walaupun sebelum tido mummy bedong, bila mummy bangun tido confirm tangan Orked dah keluar dari bedong. Ikat Orked kuat-kuat pun tak jadi juga sebab Orked lagi kuat. Akhirnya mummy pun give up, mummy selimutkan sahaja Orked supaya Orked tak sejuk dan selesa dengan tangan yg bebas. Jadi sekarang ni Orked dapat tido dengan macam-macam style. Tengoklah gambar gaya Orked tido. Kalau tanya pada mentadak mentadu, macam mana Orked tido, mesti mentadak mentadu tak boleh jawab sebab Orked tido banyak style. Kuat betul anak mummy. Oh ya, kalau Orked lapar, suara Orked pun kuat juga. Pantang Orked lapar aje, mummy tak boleh lambat seminit pun, Orked akan panggil mummy dengan suara volume maksimum. Orked juga gelojoh bila minum. Mummy tengok macam baby yg dah kebuluran gayanya, walaupun mummy baru je bagi Orked minum sejam dua yg lepas. Orked... Orked... Tapi part yg mummy paling geli hati ialah bila tengok gaya Orked kenyang. Orked bila dah kenyang akan terlantar tak boleh bergerak. Kalau mummy angkat tangan Orked dan lepas, lembik je jatuh balik. Padahal semasa lapar kuat tangan dan kaki dan mulutnya meronta-ronta. Funnylah Orked nih. Tapi gambar yg tu mummy belum dapat lagi, nanti mummy cuba ambik.

Yang ni pulak gambar Orked yg terbaru, gambar yg mummy ambik semasa mummy update fotopages mummy. Ni gaya baru, gaya kepala senget. Mula-mula mummy letak Orked tido lurus, tapi sekarang Orked dah jadi tido senget.



Mummy and Daddy love Orked. Muah muah...

Pakaian berjenama kanak-kanak (GAP, OshKosh, Adidas, Polo, Carter's, Roca Wear dll)
http://cikibum.fotopages.com
Tue 9-Sep-2008 07:00
Posted by:Cikibum fixulist@yahoo.com  - [Link]
hi kak-long...congratulation...cutenyer orked...really2 nice name...suit for her.. nama penuh sape ni?
Wed 10-Sep-2008 05:52
Posted by:green-apple  - [Link]
tahniah kak long.. comel sangat orked.. syoknye bau baby
orked ada sket beza ngan arif, orked 3.8kg, arif 3.9kg
alhamdullillah kak long deliver normal..zam dulu terpaksa ceaser..sbb dah overdue..ehehe
seronok kan bila baby kita semangat sbb tak risau & tak kekok nak pegang masa dlm hari nih..
insyllah.. orked akan membesar dgn sihat, dan jadi anak yg baik serta solehah..
Thu 11-Sep-2008 04:21
Posted by:zam mama arif  - [Link]
View all 49 comments Add comment


Tuesday, 19-Aug-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Baby nak keluar esok

 
Doktor kata dah tiba masanya untuk baby keluar dari tummy mummy. Jadi, esok pagi, selepas breakfast mummy, daddy dan nenek akan ke hospital. Mummy excited nak jumpa baby, tapi seram juga. Harap-harap semuanya ok. Doakanlah yek? Insya Allah baby akan lahir 20.08.2008. Cun gak tarikh tu. Bukan kami yg saja pilih tarikh cantik-cantik, tapi doktor yg suruh. Katanya baby dah besar. Kalau tunggu lama lagi nanti dia lagi besar lagi susah nak keluar. Dah doktor kata camtu, ikut aje lah.

So baby, c u tomorrow!




SALAM KEMERDEKAAN DAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA,......
DARI ZAI...
Fri 29-Aug-2008 15:50
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
congrats for kak long n saiful nang fon your new baby born, ORKED.. comelnye.. and bambam too
hopefully both mom n cute daugther dalam keadaan sihat walafiat

n selamat hari merdeka, selamat berpuasa
Sat 30-Aug-2008 03:46
Posted by:zam mama arif  - [Link]
salam semua,
many many thank you for the well wishes. alhamdulillah baby orked dah selamat lahir. hari ke 9 baru sempat ambik gambar baby dan hari ke 11 baru ada can nak upload. busy jugak jadi mummy baru, terutamanya di awal pantang, sebab baby sangat banyak demand, dan mummy pun tak boleh bergerak laju. sekarang ni dah ada energy baru lah boleh bergerak banyak sikit, dapat lah mengupdate. thanks again to all my friends out there. muah...
Sun 31-Aug-2008 11:44
Posted by:kak long  - [Link]
View all 24 comments Add comment


Sunday, 10-Aug-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Little bundle of joy

Mummy
and Daddy
can't wait
View all 12 photos...
Tinggal +/- 13 hari saja lagi untuk baby keluar dan melihat dunia. Hopefully prediction doktor betul lah, dapat baby girl. Sekali keluar baby boy daaaa.... Hehehhehe... Pink lah dia sepanjang first 3-6 months sebab Mummy dan Daddy banyak beli barang baby berunsur warna pink. Hehehehhe....


Intan & Saiful..
Congratulations on ur baby girl...
Welcome to the parenting world!!
Thu 21-Aug-2008 04:55
Posted by:yanti
congrats kak long! Fri 22-Aug-2008 07:41
Posted by:lian | newlyweds wedding  - [Link]
Tahniah atas kelahiran baby.... cepat2 la letak gambar baby, tak sabar nak tgk Fri 22-Aug-2008 15:29
Posted by:zam  - [Link]
View all 33 comments Add comment


Friday, 20-Jun-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Mummy dan baby rindu daddy

 
 
 
View all 4 photos...
Daddy pergi Brunei weekend ni. Selalunya daddy bawak mummy dan baby mana-mana daddy pergi. Tapi kali ni daddy tak bawak mummy dan baby sebab mummy dah tak boleh naik kapal terbang, baby dah besar dalam tummy mummy.

Ni tummy mummy bulat yang latest daddy ambik (@30 weeks).



Yang ni pun daddy jugak ambik. Dalam gambar ni sama pulak muka mummy dan daddy. Mesti muka baby pun sama dgn muka kitorang.


sila update before cuti panjang nnti kak long
apapon, sihat2 selalu ya...
Fri 1-Aug-2008 00:27
Posted by:nn  - [Link]
ishh.. ish..ish... mum to be,
bila nak deliver itu sn junior
tak sesabar dah nak dgr news
Wed 6-Aug-2008 04:07
Posted by:mummy hamim2  - [Link]
nanti le... baby tengah membina tulang-tulang bagi sihat dan kuat... doktor cakap baby hidung mancung dan kaki panjang. ni nak bagi lagi mancung dan lagi panjang kaki dia nih. heheh... Wed 6-Aug-2008 06:38
Posted by:kak long
View all 46 comments Add comment


Monday, 16-Jun-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Ain Zahara

cute ain zahara
and cute pair of stocking
fast asleep
View all 4 photos...
Introducing, Ain Zahara...

No no no, not my baby! Hehhehe... My baby is still safe and sound in my round shaped tummy. And Insya Allah she will still stay there comfortably (I hope so) for the next two months or so.

Ain Zahara is my cousin's baby. She's 3 weeks old and very cute. Seeing her innocent face made my husband (and me too) couldn't wait to see and hold and hug and kiss our own baby. But I guess, let us be patient and wait for two more months so that she could grow into a healthy, chubby baby.


baby yg comey, nama pun comey. Thu 19-Jun-2008 09:21
Posted by:ummi zufayri  - [Link]
kiut jaaaa....ni yang x saba nak ada baby gak nihhhh....heeee Mon 23-Jun-2008 08:03
Posted by:abu  - [Link]
Ayong, selamat bersalin nanti ya..tak sabar nak tgk baby ayong... Wed 23-Jul-2008 08:16
Posted by:yanti yantiyusoff@yahoo.com
View all 14 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.